2. Kabinet juga memutuskan segala isu berkaitan penjagaan anak-anak dan penceraian perlulah diselesaikan di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.
3. Cadangan ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Koh Tsu koo (Menteri di JPM), S.Subramaniam (menteri Sumber Manusia), Shahrizat Abdul Jalil (menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat) dan Jamil Khir Baharom (menteri di JPM).
4. Jawatankusa ini dilantik oleh DS Najib, PM, bagi membahaskan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.
5. Dalam tempoh yang singkat jawatankuasa ini ditubuhkan, menghasilkan cadangan, dan cepat pula dipersetujui oleh kabinet. Tanpa berlengah juga kabinet mengarahkan keputusan ini dilaksanakan dengan melakukan pindaan pada undang-undang yang berkaitan.
6. Dengan itu, bolehlah dikatakan bahawa ini adalah tindakan yang cekap dan efisien oleh kerajaan baru Malaysia. Namun apakah ini adalah keputusan yang paling tepat dan paling bijak?
7. Semudah inikah isu yang begitu sensitif yang menyentuh akidah dan maruah Islam dibincangkan dan diputuskan?
8. Maruah pada seorang yang mengaku dirinya Islam ialah mempertahan dan mendaulatkan agamanya, Islam! Maka adakah keputusan ini meletakkan Islam sebagai satu sistem kehidupan universal lebih baik daripada sebelumnya?
9. Bayangkan sekiranya satu pasangan bukan Islam yang mempunyai beberapa orang anak. Apabila seorang memeluk agama Islam, semua anaknya dianggap kekal menganut agama ketika dilahirkan. Lebih malang lagi, kes ini akan dibicarakan dalam mahkamah sivil, yang kononnya lebih adil daripada mahkamah Syariah. Apakah perasaan anda? Sedangkan peruntukkan sebelum ini memberikan hak kepada ibu bapa menentukan agama mereka ...

No comments:
Post a Comment