
Sangat sangat sangat memalukan! Apa lagi istilah yang paling tepat untuk mengambarkan kekecohan Sidang Dun Perak tersebut.
Bukan sahaja dari aspek kesahan sidang tersebut dan segala perlantikan yang dibuat, namun bagaimana nilai demokrasi dan perlembagaan dilanyak seteruk-teruknya.
Semenjak awal mikrofon speaker dimatikan. Kita nak tanya ... siapa yang melakukan? Pihak mana yang melakukan? Dengan kuasa apa ianya dilakukan? Adakah ini bukan halangan untuk seseorang yang bertanggungjawab untuk mengendalikan sidang? Jadi siapa sebenarnya yang memulakan kekecohan tersebut?
Tuanku dikatakan dihina kerana dibiarkan menunggu sehingga 5 jam. Persoalannya siapa yang menyebabkan keadaan tersebut? Sekiranya pihak yang diminta keluar dewan menghormati keputusan tersebut bagi memberi laluan kepada titah diraja... dan selepas itu kalau nak bertekak ... masuk balik selepas itu... adakah akan menyebabkan 'penghinaan tersebut'?
Pengusungan keluar speaker keluar daripada dewan dan dikurung di dalam bilik oleh sekumpulan orang yang tidak ada kena mengena dengan dewan ... adalah klimaks kepada tragedi ini. Kalaupun ianya dianggap wajar, sekali lagi kita ingin bertanya.. adakah ianya sesuatu yang baik untuk menghormati sistem demokrasi yang diamalkan?

No comments:
Post a Comment