Gaya A (berpusatkan intelektual)1. Pernahkah kita melihat seseorang mengibas dengan tanganya sendiri untuk menghilangkan kepanasan?
2. Apakah ini akan memberi kesan untuk mengurangkan kepanasan yang dirasai?
3. atau sebenarnya menambahkan lagi kepanasan kerana pergerakkan tangan tersebut menjana haba?
4. Jadi apa sebenarnya yang perlu dilakukan?
5. Hanyalah sebuah kesabaran...
Gaya B (berpusatkan emosi)
Di sana terlihat seseorang mengibas-ngibas tangan kerana kepanasan. Kelihatan peluh mengalir dan mukanya yang semakin merah.
Mungkin disebabkan keadaan itulah tangannya terus mengibas tanpa sedar bahawa sebenarnya tiada angin yang mampu dihasilkan untuk menyejukkan kepanasan itu. Malah kibasan itu mungkin akan menyebabkan badan terasa semakin panas kerana pergerakkan otot-otot tangan yang berterusan menghasilkan tenaga haba.
Maka terdetik didalam hati, oleh itu apa yang seharusnya beliau lakukan, atau kita sendiri jika berada dalam keadaan sebegitu. Mungkin tangan tidak perlu digerakkan, sebaliknya yang hanya perlu digerakkan ialah sebuah kesabaran...
Gaya C (gabungan)
1. Di sana terlihat seseorang mengibas-ngibas tangan kerana kepanasan.
2. Kelihatan peluh mengalir dan mukanya yang semakin merah.
3. Mungkin disebabkan keadaan itulah tangannya terus mengibas tanpa sedar bahawa sebenarnya tiada angin yang mampu dihasilkan untuk menyejukkan kepanasan itu.
4. Malah kibasan itu mungkin akan menyebabkan badan terasa semakin panas kerana pergerakkan otot-otot tangan yang berterusan menghasilkan tenaga haba.
5. Maka terdetik didalam hati, oleh itu apa yang seharusnya beliau lakukan, atau kita sendiri jika berada dalam keadaan sebegitu.
6. Mungkin tangan tidak perlu digerakkan, sebaliknya yang hanya perlu digerakkan ialah sebuah kesabaran...

No comments:
Post a Comment