
Dunia hari ini dikatakan dunia yang penuh dengan maklumat. Internet memudahkan capaian maklumat-maklumat ini merentasi sempadan geografi. Blog pula membolehkan maklumat baru dikongsi dengan teramat pantas.
Kemenangan Barack Obama dalam Pilihanraya Presiden US juga dikaitkan dengan kejayaan beliau menguasai maklumat, khasnya melalui internet. Tidak kurang juga di Malaysia, tsunami politik yang membadai pada Mac 2008 juga mempunyai kaitan yang rapat dengan penyebaran maklumat melalui saluran ini.
Maklumat tetap maklumat, namun mengiringi adalah kebenaran dan juga kebatilan. Maka sekiranya ada menjadi pencari dan penganalisa maklumat sepenuh masa, anda boleh menghasilkan rumusan yang bernas daripada segala pembacaan tersebut. Namun sekiranya tidak, adalah lebih bijak untuk mempertimbangkan untuk memberikan tumpuan kepada sumber maklumat yang boleh dipercayai.
Timbul pula kebimbangan bahawa menghadkan pembacaan akan merencatkan kemampuan anda untuk berhujah. Yap betul kalau memang kerja anda sebagai pendebat. Namun sebagai seseorang yang menyumbang dalam pelbagai bentuk produtiviti... maka cukuplah bagi anda memahami isu pokok; dan tidak perlu membazir masa membincangkan segala pendetailan atau hal-hal teknikal.

No comments:
Post a Comment