Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Terjemahan Al-Qur'an: Al-'Alaq: 1-5)

Menitip kata di hujung jari


Dalam tempoh seminggu ...
  • Berapa banyakkah masa yang telah telah anda gunakan untuk membaca?
  • Berapa banyakkah masa yang telah anda gunakan untuk merenung dan berfikir?
  • Berapa banyakkah masa yang telah anda gunakan untuk bersembang?
Menganggap semua itu adalah aktiviti yang menjadi minda. Latihan intelektual yang mengasah ketajaman kognitif.
  • Namun berapa banyak pula masa yang telah anda gunakan untuk menulis?
MENULIS ... adalah tahap penggunaan otak yang paling tinggi. Kalau tidak percaya... sejam membaca, sejam berfikir, sejam berhujah dan sejam menulis... manakah yang paling memenatkan? Ini bermakna minda digunakan pada tahap tinggi semasa menulis.

Itulah agaknya sebab bagi menjelaskan mengapa tidak ramai yang menjadi penulis. Walhal sekiranya anda benar-benar serius untuk menguasai ilmu, anda perlu menjadi penulis. Tengok sahaja tokoh-tokoh sarjana - semua mereka adalah penulis.

Malah hasil tulisan itulah legasi terbesar yang mengekalkan mereka sebagai tokoh ilmuan yang terus hidup. Kerana minda mereka masih berbicara dengan generasi demi generasi.

2.58 - 3.15 (17 min)

No comments:

Ihsan Lim

My photo
Taman Maluri, Kuala Lumpur, Malaysia
I'm a Learner, Lecturer, Leader

Cuit-cuit

Jom Solat

Online