Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Terjemahan Al-Qur'an: Al-'Alaq: 1-5)

Hukuman Sebat kerana Minum Arak


Kes hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarto, kerana kesalahan meminum arak di tempat awam iaitu sebanyak enam (6) kali sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Kes ini mendapat perhatian meluas daripada pelbagai pihak termasuk oleh Tun Dr Mahathir, pemimpin negara, sister in Islam, majlis peguam dan turut menarik perhatian wartawan luar negara.

Padahal apa kah pelik kena rotan? Apatah lagi spesifikasi rotan yang digariskan begitu ringan yang tidak akan menyebabkan kecederaan.

Bukankah pelajar sekolah turut dirotan apabila melakukan kesalahan? Bukankah ibu bapa disuruh merotan anak yang tidak mengerjakan soalat apabila sudah berumur 10 tahun? Bukankah rotan juga satu bentuk hukuman dalam udang-undang sivil malah dilaksanakan dengan cukup keras?

Lebih menghairankan lagi ialah Kartika sendiri rela menerima hukuman itu malah mahu hukuman tersebut dilakukan di tempat terbuka. Ini bermakna beliau percaya hukuman ini baik bagi dirinya demi kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Jadi apa masalah sebenarnya? Mengapa orang lain sibuk-sibuk dengan benda yang kecil dan perkara berunsur sebegitu peribadi. Sampaikan Perdana Menteri, Dato' Najib mengharapkan Kartika mengemukakan rayuan terhadap hukum tersebut.

Tidak lain tidak bukan... kerana ini adalah kesalahan syariah yang dijatuhkan hukuman mirip hukum Islam. (Mirip kerana bilangan rotan adalah 6 sedangkan mengikut nas adalah 40 atau 80).

Padahal terdapat berbagai hukuman lain dalam hukuman sivil yang lagi pelik dan kasar, tidak pula dipertikaikan.

Apakah ini yang dikatakan sebagai apabila ada penyakit dalam hati?

No comments:

Ihsan Lim

My photo
Taman Maluri, Kuala Lumpur, Malaysia
I'm a Learner, Lecturer, Leader

Cuit-cuit

Jom Solat

Online