
1. Membangkang, membidas dan mengkritik adalah sesuatu yang penting dan berguna.
2. Itulah sebabnya dalam sistem bernegara, dibentuk kumpulan pemerintah dan kumpulan pembangkang.
3. Input daripada kumpulan pembangkang inilah yang boleh digunakan oleh kumpulan pemerintah untuk memperbaiki kesilapan dan meningkatkan prestasi.
4. Namun adalah sangat malang sekiranya kumpulan pemerintah memberi fokus kepada membangkang, membidas dan mengkritik.
5. Sepatutnya pihak pemerintah yang memiliki kuasa menjalankan fungsinya sebagai pembina.
6. Malahan mentaliti sebagai pembina ini mampu menjadikan sesuatu kumpulan lebih effektif meskipun mereka adalah pembangkang. Ia akan memperlihatkan keyakinan dan latihan untuk memegang tampuk pemerintahan.
7. Maka di pihak manapun kita berada, adalah lebih baik berfikir sebagai seorang pembina, lebih-lebih lagi, malahan merupakan satu kemestian, kalau kita telahpun diberi kuasa.
8. Dan kalaupun belum berkuasa, berfikiran sebagai pembina akan menjadikan kritikan lebih bermanfaat dan tidak emosional.
9. Lebih penting pemikiran sebagai pembina akan mencetuskan usaha memperkasakan gerakan sama ada peringkat dalaman atau sokongan luaran, dan bukannya percakapan atau syarahan sahaja.

No comments:
Post a Comment