
Pencapaian satu hasil bermula dengan satu keputusan yang dibuat sebelum ini. Misalnya seorang yang berhasil mendaki satu gunung, kejayaan ini bermula daripada detik beliau membuat keputusan untuk melakukan misi tersebut.
Seseorang yang berjaya mendapatkan ijazah, bermula dengan keputusannya untuk melanjutkan pelajaran. Kejayaan seseorang sebagai usahawan bermula dengan keputusannya untuk memulakan perniagaan.
Pendek kata, membuat keputusan adalah titik permulaan kepada pencapaian sesuatu. Walaupun terdapat kes terpencil atau khas di mana pencapaian secara 'nasib'.
Dalam bahasa lain, membuat keputusan boleh diibaratkan sebagai menanam benih yang akan nanti menghasilkan buah-buah dari pokok yang subur.
Oleh itu, sekiranya kita ingin mencongak apa yang akan kita capai pada lima atau sepuluh tahun akan datang, kita boleh melihat apakah keputusan-keputusan yang telah kita buat. Kerana kita boleh mengatakan bahawa lazimnya kita tidak akan mencapai apa yang tidak kita putuskan.
Setiap keputusan-keputusan utama pula perlu disokong oleh keputusan-keputusan kecil yang lain. Misalnya seseorang yang membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Master, perlu membuat keputusan-keputusan kecil lain yang seiring seperti keputusan untuk memperuntukkan masa selama beberapa jam sehari, keputusan untuk menyiapkan tugasan mengikut jadual dsb.
Maka tiba masanya untuk kita menyemak diri kita. Adakah kita telah membuat keputusan-keputusan penting dalam diri kita secara jelas dan tegas.
25 Julai 2009 (Sat), 9.15 (30 min)

No comments:
Post a Comment