
Ya diri anda adalah begitu penting!
Pentingnya diri anda adalah bukan kerana mendapat pengiktirafan daripada orang lain. Anda tidak perlu digelar Very Important Person (VIP) untuk menjadi atau merasakan diri anda penting.
Pentingnya diri anda bukan juga kerana mendapat sokongan majoriti dalam satu pilihanraya, atau mendapat undi tertinggi daripada juri bertauliah.
Pentingnya diri anda juga tidak berkait dengan situasi ekonomi, pasaran saham atau apa-apa pengaruh persekitaran.
Pentingnya diri anda adalah kerana memang anda penting. Memang anda adalah sebahagian daripada sistem kehidupan semasa. Anda seolah-olah satu komponen daripada mesin. Tanpa anda akan pincanglah sistem yang ada.
Namun sistem sebuah kehidupan melangkaui sifat sistem sebuah mesin, yang mana fungsi setiap komponen adalah khusus dan terhad. Kedudukan setiap individu dalam sistem kehidupan adalah luas dan tidak terbatas.
Siapa yang menentukan tahap kepentingan diri anda? Jawapannya, ia terletak di tangan anda untuk memilih kedudukan dan kepentingan anda.
Anda boleh memilih untuk menjadi penting dan memberi manfaat kepada orang-orang disekitar anda. Andalah boleh memilih kedudukan yang strategik untuk menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak yang tiada peraturan offside.
Andalah yang memilih untuk menjadi penting dan menentukan tahap kepentingan diri anda!

No comments:
Post a Comment