
1. Kajian kes gelagak pekerja dalam organisasi:
- Pn. Maznah menyerahkan tugasan kepada ketuanya. Ketuanya memberikan beberapa komen-komen pembetulan terhadap hasil kerja tersebut. Pn. Maznah menjawab "Buat begitu ker? Kita sebenarnya tak faham apa sebenarnya yang dihendaki...."
- Selepas satu taklimat, Pn. Maznah berkata "Kita tak faham apa sebenarnya matlamat dan kehendak sistem baru yang diperkenakan..".
- Semasa makan tengah hari bersama rakan sekerja yang lain, Pn. Maznah berkata "Aku keliru betul dengan pihak pengurusan, apa sebenarnya yang dia orang hendak kita buat ni? sekejap kena buat itu, sekejap kena buat itu...".
- Di dalam satu mesyuarat penyelarasan, pernah Pn. Maznah berkata, "Saya tak tahu setakat mana bidang kuasa yang saya ada. Sama ada perkara itu saya ada kuasa atau tidak... ".
2. Apakah yang boleh anda katakan mengenai kes Pn. Maznah di atas?
Samakah berkata "Saya tidak tahu" dengan bertanya "Boleh saya tahu... ?".
"Saya tidak tahu." adalah satu pengisytiharan. Ia mengambarkan sikap, yang pastinya akan mempengaruhi cara berfikir dan bertindak.
Persoalannya apakah motif kenyataan ini?
Kalau seseorang itu tidak jelas dengan sesuatu perkara, dan dia ingin tahu, maka dia akan bertanya dengan soalan "Boleh saya tahu...?". Dia akan terus bertanya sehingga ia mendapat maklumat yang jelas apa yang dia tidak tahu tadi.
Jadi, apakah motif berkata "Saya tidak tahu..."? Anda pasti mempunyai jawapannya. Namun apapun jawapannya, ia akan menjadi batu blok yang menghalang kemampuan minda untuk berfikir dan keupayaan diri untuk meyelesaikan masalah! Anda setuju dengan saya?

No comments:
Post a Comment