Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Terjemahan Al-Qur'an: Al-'Alaq: 1-5)

Dirimu begitu penting


1. Setiap individu adalah sangat berharga dan penting.

2. Setiap individu yang menyerlahkan potensinya akan memberi kesan positif kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain, masyarakat dan negara.
  • Dalam konteks individu, beliau akan memperkembangkan dirinya dari segi pengetahuan, kemahiran dan psikomotor.
  • Dalam konteks kerja, beliau akan menjadi agen pertumbuhan syarikat atau organisasi dengan menyiapkan kerja secara berkesan.
  • Dalam konteks keluarga, beliau akan membantu atau menguruskan ahli-ahli keluarga dengan baik menjadikan mereka mampu melakukan perkara-perkara untuk kebaikan diri.

3. Pendek kata, setiap individu itu sangat penting dan kejayaannya akan memberi kesan kepada pihak lain.

4. Maka dalam menjadikan dunia ini lebih baik tidaklah begitu sukar. Kita tidak perlu memikirkan tentang orang lain yang perlu berubah. Cukuplah kita berubah dan menjadi orang yang lebih berkesan, kelak ianya akan menyumbang kepada kehidupan dunia yang lebih baik.

5. Ingatlah... bahawa dirimu begitu penting. Jangan sia-siakan setiap masa, tenaga dan apa jua yang engkau miliki. Sekiranya semua itu digunakan sebaiknya, tunggulah melihat bertapa banyak yang akan berubah kerana dirimu.

No comments:

Ihsan Lim

My photo
Taman Maluri, Kuala Lumpur, Malaysia
I'm a Learner, Lecturer, Leader

Cuit-cuit

Jom Solat

Online