Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Terjemahan Al-Qur'an: Al-'Alaq: 1-5)

Mengapa menulis di Blog?


Penulis-penulis blog ternama biasanya terdiri daripada orang-orang yang telah mempunyai nama seperti pemimpin atau bekas pemimpin. Misalnya Datuk Sri Anwar Ibrahim, Tun Dr. Mahathir, Lim Kit Siang dan Ust. Nasarudin Tantawi.

Pandangan yang ditulis akan dibaca secara terus oleh sasaran tanpa sebarang tapisan dan suntingan. Inilah kelebihan blog yang telah berfungsi sebagai media yang penting. Sebaris dan kadang-kala mengatasi media massa dan media elektronik.

Di samping blogger yang mengulas tentang isu semasa, terdapat juga blogger yang memberi tumpuan kepada isu-isu tertentu misalnya pengurusan, kepimpinan, pendidikan dan seumpanya.

Terdapat juga blogger yang menceritakan pengalaman yang berkisar apa yang dilalui dalam kehidupannya.

Apa yang penting blogger menyumbang kepada literatur yang mengambarkan kehidupan dan masyarakat semasa. Perkongsian ini kadang-kala selari dengan keperluan orang lain dan memberi manfaat yang besar.

Oleh itu tidak kiralah siapa diri anda, anda boleh menjadi blogger yang berkesan. Prasyarat utama ialah anda ingin berkongsi pengalaman dan pandangan anda dan bersedia untuk menulis. Adapun keperluan teknikal untuk menghias laman blog anda dan penguasaan kemahiran bahasa yang tinggi adalah kelebihan tambahan atau nilai tambah sahaja.

Saya sendiri kadang-kadang menghabiskan masa yang banyak untuk menaiktaraf susun atur laman blog saya. Namun akhirnya kesanya tidak seberapa. Lebih malang kalau kesilapan teknikal yang menyebabkan blog anda kelihatan lebih buruk.

Saya menasihatkan kepada diri saya sendiri dan anda semua supaya berpuas hati dengan infrastruktur blog kita. Selebihnya tumpukan kepada cabaran utama iaitu untuk mengisi blog anda dengan kandungan demi kandungan. Ramai yang memulakan blog, tapi tidak mampu menyuburkannya!

No comments:

Ihsan Lim

My photo
Taman Maluri, Kuala Lumpur, Malaysia
I'm a Learner, Lecturer, Leader

Cuit-cuit

Jom Solat

Online