
Pada suatu perjumpaan dengan pelajar, saya mengajukan satu soalan "Pada pendapat anda apakah cabaran yang akan anda hadapi dalam hidup anda?". Jawapan-jawapan yang diberikan ialah...
- Cabaran untuk mendapatkan pekerjaan
- Cabaran globalisasi
- Cabaran dalam kekeluargaan
- Cabaran untuk berjaya
- Cabaran perubahan teknologi
"Baiklah, anda telah memberikan jawapan yang baik, dan semuanya diberikan markah, namun skema yang saya sediakan dalam fikiran saya ialah - Cabaran pengurusan masa".
Kata saya lagi "Semua cabaran yang anda sebut itu adalah bertitik tolak daripada bagaimana anda menguruskan masa anda. Setuju tak?" Setelah berfikir sejenak, mereka menganggukkan kepada tanda setuju.
Pengurusan masa adalah cabaran yang besar, sama ada disedari ataupun tidak!
(i) Kategori pertama: Mereka yang mempunyai cita-cita yang jelas tetapi merasa tertekan kerana "tidak mempunyai cukup masa".
(ii) Kategori kedua: Mereka yang "bosan" dengan apa yang dilakukan sekarang, tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengubahnya. Kerana kebosanan tersebut mereka menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak produktif dengan harapan kebosanan itu akan hilang.
(iii) Kategori ketiga: Mereka yang telah "mencapai" apa yang mereka kehendaki dalam hidup dan menghabiskan masa dengan "selamba", sesambil menyelusuri kehidupan yang masih berbaki. Golongan ini "tidak kisah" dan merasa "selesa" dengan pencapaian semasa.
Golongan manakah yang anda impikan? Berikut adalah kritikan terhadap golongan-golongan di atas: Golongan pertama adalah sangat sibuk tetapi tidak tahu untuk apa. Golongan kedua membiarkan masa berlalu tanpa manfaat. Golongan ketiga melakukan rutin harian dengan tenang tetapi tiada peningkatan dalam kualiti dan sumbangan.
13 Julai 2009, Isnin, 3.05pm (30 min). Edit 25 Julai 2009.

No comments:
Post a Comment