
1. Setelah 6 tahun, kerajaan akhirnya mengakui Dasar PPSMI adalah dasar yang merugikan. Puluhan bukti kajian dikemukakan untuk menyokong alasan pemansuhan tersebut.
2. Mengapa sekian banyak bukti perlu ditampilkan untuk membatalkannya? Sewaktu kerajaan ingin melaksanakan dasar ini, apa bukti atau hujah akademik yang dikemukakan?
3. Sangat menyedihkan apabila ratusan ribu anak-anak bangsa yang bakal menjadi pewaris kepimpinan dan pekerja negara menjadi mangsa perlaksanaan dasar yang tidak berasas ini. Kita belum dapat membayangkan apakah yang akan berlaku pada kelompongan ini yang diterajui oleh golongan kurang celik matematik dan sains...
4. Persoalan kini, setelah diakui bertapa lemah dan ruginya dasar tersebut, mengapa ia diteruskan lagi selama dua tahun setengah? Pemansuhan bermula di tahun 2012 dan berperingkat-peringkat bermula darjah/tingkatan 1 dan 4. Bermakna hanya pada tahun 2014 dasar ini akan tamat sepenuhnya!
5. Sehingga tahun 2014, berapa banyak lagi anak-anak kita yang akan menjadi mangsa? Saya tidak faham apakah ini akibat kelemahan matematik menteri berkenaan? Saya tidak faham di mana kedudukan slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan?
6. Tiada yang lebih bersopan, untuk saya katakan inilah dasar yang paling BODOH pernah dilaksanakan di negara tercinta ini. Apa ke tidak, dah terang lagi bersuluh tidak betul, rakyat diperbodohkan untuk menunggu selama 6 tahun untuk melihat kesan satu kitaran penuh. Suatu ujikaji yang tidak besandarkan teori yang telah terbukti gagal di tahun pertama, apakah tetiba akan berjaya selepas 6 tahun?
7. Rakyat yang cerdik sungguh merasa terhina dengan segala mainan ini. Dan penangguhan sehingga 2014 adalah penerusan kepada BODOH tersebut!
8. Itulah sebabnya bahasa yang lebih sopan untuk mengajar pemimpin sebegini, seperti kata sasterawan negara A. Samad Said adalah bahasa PETI UNDI! Setelah beliau sendiri bersama-sama bersuara dalam bahasa DEMONSTRASI.
9 Julai 2009, Khamis, 2.04 - 2.34 (30 min)

No comments:
Post a Comment