Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Terjemahan Al-Qur'an: Al-'Alaq: 1-5)

Hukuman sebahagian daripada Pendidikan

Pernahkan kita tiba-tiba tersentak dengan saman yang diberikan kepada kita oleh polis atau pihak berkuasa terhadap perkara yang kita tidak tahu bahawa itu adalah kesalahan?

Kalau kesalahan yang kita tahu itu kes lain. Sudah jelas lagi bersuluh, misalnya speed trap, memang kita dah tahu, tapi sentiasa mengharapkan tak kena saman. Bila kena saman pula, masih lagi berharap agar polis tersebut memaafkan kesalahan kita dan melepaskan kita.

Berbalik kepada kes awal tadi, iaitu kena tindakan kerana kita buat perkara yang kita jahil. Ramai yang akan melatah, dan tidak kurang pula yang melompat-lompat. Maklumbalas ini mengambarkan konflik untuk melihat kedudukan diri dalam kerangka sistem organisasi atau masyarakat.

Apa yang terjadi di sini?

Apakah kita tidak peka dengan peraturan atau adab yang perlu kita lakukan? Mungkin kita teramat sibuk sehingga tidak mampu meneliti perkara tersebut, atau mungkin terlalu banyak benda penting lain yang perlu kita buat. Kalaupun kita pernah diberi peringatan secara lisan terhadap perkara itu, namun tidak mampu mengubah keutamaan kita agaknya.

Oleh itu, agaknya hukuman yang menyentakkan kita itu, adalah suatu yang terbaik. Ianya benar-benar merangsangkan otak kita untuk meneliti dan menerima apa yang kita panggil... pendidikan.

Ihsan Lim

My photo
Taman Maluri, Kuala Lumpur, Malaysia
I'm a Learner, Lecturer, Leader

Cuit-cuit

Jom Solat

Online