Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Terjemahan Al-Qur'an: Al-'Alaq: 1-5)

Dari 2009 melangkah ke 2010

1. Tahun 2009 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi. Pastinya dalam tempoh setahun itu adanya pelbagai kejayaan, kenangan dan usaha yang bermakna.

2. Oleh itu biasanya ramai yang mengimbas kembali tahap pencapaian atau dalam erti kata lain melakukan muhasabah. Seterusnya mungkin ada yang menyimpulkan dengan pertanyaan “Apakah pencapaian yang diraih setimpal dengan potensi diri yang ada?”

3. Tahun 2010 akan menjelang. Ramai yang telah mula sibuk merangka azam tahun baru. Diari dan planner bagi tahun 2010 telah banyak terjual bagi membolehkan azam dan perancangan tersebut dicatatkan.

4. Lebih maju, ada yang menggunakan analisis yang lebih canggih untuk melangkah ke tahun baru ini, misalnya SWOT (Strength, Weakness, Opportunity, Threat).

5. Teras kepada perkara ini, baik azam, resolusi, muhasabah dan seumpanya ... ialah perubahan. Apa yang kita inginkan adalah perubahan.

6. Lebih tepat kalau perubahan yang kita hasratkan bersandarkan kepada impian yang kita ingin capai dalam hidup kita.

7. Oleh itu, azam tahun baru, kalau ianya dilakukan dengan baik, adalah untuk mensetkan pencapaian dalam setahun ke arah mencapai azam hidup secara seluruhnya.

Selamat berazam dan berjaya...

Penulisan berpusatkan Intelektual atau Emosi

Gaya A (berpusatkan intelektual)

1. Pernahkah kita melihat seseorang mengibas dengan tanganya sendiri untuk menghilangkan kepanasan?

2. Apakah ini akan memberi kesan untuk mengurangkan kepanasan yang dirasai?

3. atau sebenarnya menambahkan lagi kepanasan kerana pergerakkan tangan tersebut menjana haba?

4. Jadi apa sebenarnya yang perlu dilakukan?

5. Hanyalah sebuah kesabaran...


Gaya B (berpusatkan emosi)

Di sana terlihat seseorang mengibas-ngibas tangan kerana kepanasan. Kelihatan peluh mengalir dan mukanya yang semakin merah.

Mungkin disebabkan keadaan itulah tangannya terus mengibas tanpa sedar bahawa sebenarnya tiada angin yang mampu dihasilkan untuk menyejukkan kepanasan itu. Malah kibasan itu mungkin akan menyebabkan badan terasa semakin panas kerana pergerakkan otot-otot tangan yang berterusan menghasilkan tenaga haba.

Maka terdetik didalam hati, oleh itu apa yang seharusnya beliau lakukan, atau kita sendiri jika berada dalam keadaan sebegitu. Mungkin tangan tidak perlu digerakkan, sebaliknya yang hanya perlu digerakkan ialah sebuah kesabaran...

Mengapa mereka hebat?


1. Bill Gate, Donald Trump, Dell dan Lim Kok Wing adalah di antara nama-nama usahawan yang hebat.

2. Malah ada di antara mereka yang tidak menghabiskan pengajian atau tahap pengajian rendah sahaja tetapi berjaya membangun empayar perniagaan yang besar.

3. Persoalannya ialah apakah faktor atau keistimewaan yang ada pada diri mereka? Adakah mereka mempunyai genetik special?

4. Namun persoalan yang lebih penting ialah bolehkah kita menjadi seperti mereka?

5. Satu kaedah mengatakan bahawa sekiranya kita mampu memahami bagaimana mereka berfikir dan bertindak; dan meniru perkara tersebut; maka kita boleh melakukan seperti apa yang mereka lakukan!

6. Pendapat pertama mengatakan terdapat tiga resipi asas untuk mencapai apa-apa kejayaan. Iaitu bakat, sikap dan latihan/pendidikan. (Bakat adalah 100% faktor genetik, Sikap adalah gabungan genetik dan pengubahsuaian, dan latihan adalah usaha terancang yang boleh dilakukan).

7. Pendapat kedua mengatakan terdapat dua faktor kejayaan iaitu ability (keupayaan) dan attitude (sikap). Kedua-dua faktor ini boleh ditingkatkan melalui proses latihan dan pendidikan serta pengaruh persekitaran.

8. Pendapat ketiga mengatakan terdapat tiga sumber asas untuk kejayaan ialah Intelligent Quotient, Emotional Quotient dan Spiritual Quotient.

9. Secara mudahnya untuk mencapai pencapaian yang tinggi, kita perlu memilih bidang yang bertepatan dengan kemampuan kita dan seterusnya membangunkannya dengan kaedah yang terbaik.

Tamrin di Wad


Setelah tiga hari anak bongsu kami, Nur Anis Izzati mengalami keadaan gatal-gatal, keadaannya agak membimbangkan. Doktor di klinik swasta mempreskripsinya sebagai kes elergik. Namun hari ini keadaan merah gatal di tengkuk, mata, hidung, mulut, ketiak dan celah paha itu kelihatan lebih menyakitkan. Di tengkuknya kulit mula melecet. Keseluruhan kesakitan ini menjadikan beliau begitu lemah. Oleh itu doktor merujukkan beliau ke Hospital Selayang bagi rawatan lanjut...

Di Wad beliau dimasukkan air, beberapa kali darah diambil untuk ujian, dan mencuci bahagian yang melecek; di samping pengesanan rutin suhu badan, tekanan darah, nadi dan memberi makan ubat.

Sebagai anak bongsu yang manja, beliau selalu menangis apabila menerima rawatan. Malah melihat nurse pun sudah sesuatu yang cukup menakutkan beliau.

Kami masih ingat dikala beliau begitu takut untuk dimasukkan jarum, kami mengajarkan kepadanya agar menyebut "Allahu Akhbar" sambil kami meletakkan tangan di dadanya. Di kala yang lain selalu kami tenangkan beliau dengan mengatakan bahawa sesungguhnya Allah sangat menyayangi beliau. Alunan zikir turut sentiasa diperdengarkan kepadanya.

Setakat manakah anak kecil berusia dua tahun memahami semua itu? Namun itulah yang kami anggap sebagai tamrin kepadanya. Merasai kesusahan dan kesakitan agar beliau menjadi kuat dan tabah menghadapi kehidupan kelak.

Kami juga gembira kerana semuanya menjadi hikmah yang besar, kepada kami jua. Kami juga amat bersyukur kerana Allah menyembuhkannya dengan cepat. Selepas empat hari, wajahnya kembali bersih dan cantik, seolah-olah sakit tersebut dikupas keluar.

(Catatan pengalaman Nur anis Izzati di Wad 8A pada 25 - 29 November 2009 untuk tujuan rawatan Staphylococcal Scalded Skin Syndrome)

Suara Ihsan


Pada hari ini, sekali lagi nama blog ini ditukar. Nama yang dipilih adalah "Suara Ihsan". Dua makna dalam satu nama, kerana memang nama penulis adalah Ihsan dan kedua kerana makna Ihsan itu sendiri.

Penulisan kali ini juga mempunyai senggang waktu yang agak lama dengan posting terdahulu, lebih kurang sebulan lamanya.

Apapun, sehingga ke saat ini saya masih tidak berkongsi secara terbuka blog ini dengan rakan-rakan. Memandangkan kepada proses pemantapan kandungan dan kekerapan. Oleh itu ia masih ditahap sebagai penulisan untuk koleksi pribadi.

(Gambar yang disertakan adalah gambar keluarga 3 tahun yang lepas, anak bongsu Anis Izzati, 2 tahun, tiada lagi pada masa itu)

Edit Gambar guna PhotoScape

Setelah mencari-cari, akhirnya satu ditemui...

PhotoScape adalah perisian percuma yang boleh didownload bagi mengedit gambar dengan mudah dan pantas. Berbagai kemudahan ada padanya.

Berikut adalah beberapa gambar yang asalnya bersaiz sehingga 2560 x 1920 pixel (sekitar 2,400 KB) diedit kepada saiz sekitar 400 x 300 pixel (sekitar 20 KB) sahaja.

Antara software lain yang boleh didownload secara percuma ialah Magic Photo Editor, Photobie, FxFoto dan PhotoPerfect.

Bagi proses editing yang simple, mencukupi untuk menggunakan software yang ringkas seperti ini. Bagi tujuan advance kenalah gunakan Adobe Photoshop dan seangkatan denganya.



Mengapa menulis di Blog?


Penulis-penulis blog ternama biasanya terdiri daripada orang-orang yang telah mempunyai nama seperti pemimpin atau bekas pemimpin. Misalnya Datuk Sri Anwar Ibrahim, Tun Dr. Mahathir, Lim Kit Siang dan Ust. Nasarudin Tantawi.

Pandangan yang ditulis akan dibaca secara terus oleh sasaran tanpa sebarang tapisan dan suntingan. Inilah kelebihan blog yang telah berfungsi sebagai media yang penting. Sebaris dan kadang-kala mengatasi media massa dan media elektronik.

Di samping blogger yang mengulas tentang isu semasa, terdapat juga blogger yang memberi tumpuan kepada isu-isu tertentu misalnya pengurusan, kepimpinan, pendidikan dan seumpanya.

Kita tak faham apa yang ...

1. Kajian kes gelagak pekerja dalam organisasi:
  • Pn. Maznah menyerahkan tugasan kepada ketuanya. Ketuanya memberikan beberapa komen-komen pembetulan terhadap hasil kerja tersebut. Pn. Maznah menjawab "Buat begitu ker? Kita sebenarnya tak faham apa sebenarnya yang dihendaki...."
  • Selepas satu taklimat, Pn. Maznah berkata "Kita tak faham apa sebenarnya matlamat dan kehendak sistem baru yang diperkenakan..".
  • Semasa makan tengah hari bersama rakan sekerja yang lain, Pn. Maznah berkata "Aku keliru betul dengan pihak pengurusan, apa sebenarnya yang dia orang hendak kita buat ni? sekejap kena buat itu, sekejap kena buat itu...".
  • Di dalam satu mesyuarat penyelarasan, pernah Pn. Maznah berkata, "Saya tak tahu setakat mana bidang kuasa yang saya ada. Sama ada perkara itu saya ada kuasa atau tidak... ".
2. Apakah yang boleh anda katakan mengenai kes Pn. Maznah di atas?

Dirimu begitu penting (2)


Ya diri anda adalah begitu penting!

Pentingnya diri anda adalah bukan kerana mendapat pengiktirafan daripada orang lain. Anda tidak perlu digelar Very Important Person (VIP) untuk menjadi atau merasakan diri anda penting.

Pentingnya diri anda bukan juga kerana mendapat sokongan majoriti dalam satu pilihanraya, atau mendapat undi tertinggi daripada juri bertauliah.

Dirimu begitu penting


1. Setiap individu adalah sangat berharga dan penting.

2. Setiap individu yang menyerlahkan potensinya akan memberi kesan positif kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain, masyarakat dan negara.
  • Dalam konteks individu, beliau akan memperkembangkan dirinya dari segi pengetahuan, kemahiran dan psikomotor.
  • Dalam konteks kerja, beliau akan menjadi agen pertumbuhan syarikat atau organisasi dengan menyiapkan kerja secara berkesan.
  • Dalam konteks keluarga, beliau akan membantu atau menguruskan ahli-ahli keluarga dengan baik menjadikan mereka mampu melakukan perkara-perkara untuk kebaikan diri.

Hargai Masa Sekarang


Di antara semalam, hari ini dan esok ... mana yang lebih anda berikan perhatian?

Sebahagian memilih "semalam", walaupun tidak diucapkan. Bayangan semalam seringkali dimainkan semula (playback) di dalam minda mereka. Mereka merasa bertapa rugi kerana tidak melakukan itu dan ini, sehingga hari ini mereka terpaksa menerima keadaan sebegini.

Namun sebahagian besar lebih memikirkan "esok". Mereka merasa hebat kerana menjadi seorang yang futuristik atau bangga kerana mempunyai cita-cita dan impian untuk dicapai. Pakar motivasi sendiri secara mudahnya mempromosikan minda ke hadapan ini.

Hukuman Sebat kerana Minum Arak


Kes hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarto, kerana kesalahan meminum arak di tempat awam iaitu sebanyak enam (6) kali sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Kes ini mendapat perhatian meluas daripada pelbagai pihak termasuk oleh Tun Dr Mahathir, pemimpin negara, sister in Islam, majlis peguam dan turut menarik perhatian wartawan luar negara.

Padahal apa kah pelik kena rotan? Apatah lagi spesifikasi rotan yang digariskan begitu ringan yang tidak akan menyebabkan kecederaan.

Membina vs. membangkang


1. Membangkang, membidas dan mengkritik adalah sesuatu yang penting dan berguna.

2. Itulah sebabnya dalam sistem bernegara, dibentuk kumpulan pemerintah dan kumpulan pembangkang.

3. Input daripada kumpulan pembangkang inilah yang boleh digunakan oleh kumpulan pemerintah untuk memperbaiki kesilapan dan meningkatkan prestasi.

4. Namun adalah sangat malang sekiranya kumpulan pemerintah memberi fokus kepada membangkang, membidas dan mengkritik.

Membuat keputusan


Pencapaian satu hasil bermula dengan satu keputusan yang dibuat sebelum ini. Misalnya seorang yang berhasil mendaki satu gunung, kejayaan ini bermula daripada detik beliau membuat keputusan untuk melakukan misi tersebut.

Seseorang yang berjaya mendapatkan ijazah, bermula dengan keputusannya untuk melanjutkan pelajaran. Kejayaan seseorang sebagai usahawan bermula dengan keputusannya untuk memulakan perniagaan.

Pendek kata, membuat keputusan adalah titik permulaan kepada pencapaian sesuatu. Walaupun terdapat kes terpencil atau khas di mana pencapaian secara 'nasib'.

Masa


Pada suatu perjumpaan dengan pelajar, saya mengajukan satu soalan "Pada pendapat anda apakah cabaran yang akan anda hadapi dalam hidup anda?". Jawapan-jawapan yang diberikan ialah...
  • Cabaran untuk mendapatkan pekerjaan
  • Cabaran globalisasi
  • Cabaran dalam kekeluargaan
  • Cabaran untuk berjaya
  • Cabaran perubahan teknologi
"Baiklah, anda telah memberikan jawapan yang baik, dan semuanya diberikan markah, namun skema yang saya sediakan dalam fikiran saya ialah - Cabaran pengurusan masa".

PPSMI: Bukan 2014 Tetapi Segera!


1. Setelah 6 tahun, kerajaan akhirnya mengakui Dasar PPSMI adalah dasar yang merugikan. Puluhan bukti kajian dikemukakan untuk menyokong alasan pemansuhan tersebut.

2. Mengapa sekian banyak bukti perlu ditampilkan untuk membatalkannya? Sewaktu kerajaan ingin melaksanakan dasar ini, apa bukti atau hujah akademik yang dikemukakan?

3. Sangat menyedihkan apabila ratusan ribu anak-anak bangsa yang bakal menjadi pewaris kepimpinan dan pekerja negara menjadi mangsa perlaksanaan dasar yang tidak berasas ini. Kita belum dapat membayangkan apakah yang akan berlaku pada kelompongan ini yang diterajui oleh golongan kurang celik matematik dan sains...

Kepalsuan PPSMI


Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan pada tahun 2003 oleh kerajaan semasa Tun Dr. Mahathir sebagai PM adalah dasar yang tidak berasas.

Tun sendiri cuba berhujah di atas kewajaran dasar PPSMI tersebut yang diperkenalkan oleh beliau, namun ianya begitu lemah walaupun cuba dioleh dengan yakin dan selambanya.

Hujah-hujah yang menyokong PPSMI adalah umpama cuba "menegakkan benang yang basah".

Di sebelah pihak lagi terdapat ribuan hujah yang yang menolak dasar PPSMI. Malahan hujah-hujah ini dosokong oleh penyelidikan saintifik dan asas teori yang kukuh dan didokongi oleh pakar-pakar pelbagai bidang. Ini belum mengambil kira hujah orang kampung yang berasaskan ilmu logik dan mantik.

Menitip kata di hujung jari


Dalam tempoh seminggu ...
  • Berapa banyakkah masa yang telah telah anda gunakan untuk membaca?
  • Berapa banyakkah masa yang telah anda gunakan untuk merenung dan berfikir?
  • Berapa banyakkah masa yang telah anda gunakan untuk bersembang?
Menganggap semua itu adalah aktiviti yang menjadi minda. Latihan intelektual yang mengasah ketajaman kognitif.
  • Namun berapa banyak pula masa yang telah anda gunakan untuk menulis?

Maklumat berguna dan melalaikan...


Dunia hari ini dikatakan dunia yang penuh dengan maklumat. Internet memudahkan capaian maklumat-maklumat ini merentasi sempadan geografi. Blog pula membolehkan maklumat baru dikongsi dengan teramat pantas.

Kemenangan Barack Obama dalam Pilihanraya Presiden US juga dikaitkan dengan kejayaan beliau menguasai maklumat, khasnya melalui internet. Tidak kurang juga di Malaysia, tsunami politik yang membadai pada Mac 2008 juga mempunyai kaitan yang rapat dengan penyebaran maklumat melalui saluran ini.

Maklumat tetap maklumat, namun mengiringi adalah kebenaran dan juga kebatilan. Maka sekiranya ada menjadi pencari dan penganalisa maklumat sepenuh masa, anda boleh menghasilkan rumusan yang bernas daripada segala pembacaan tersebut. Namun sekiranya tidak, adalah lebih bijak untuk mempertimbangkan untuk memberikan tumpuan kepada sumber maklumat yang boleh dipercayai.

Tragedi 7 Mei 2009 DUN Perak


Sangat sangat sangat memalukan! Apa lagi istilah yang paling tepat untuk mengambarkan kekecohan Sidang Dun Perak tersebut.

Bukan sahaja dari aspek kesahan sidang tersebut dan segala perlantikan yang dibuat, namun bagaimana nilai demokrasi dan perlembagaan dilanyak seteruk-teruknya.

Semenjak awal mikrofon speaker dimatikan. Kita nak tanya ... siapa yang melakukan? Pihak mana yang melakukan? Dengan kuasa apa ianya dilakukan? Adakah ini bukan halangan untuk seseorang yang bertanggungjawab untuk mengendalikan sidang? Jadi siapa sebenarnya yang memulakan kekecohan tersebut?

Kabinet putuskan anak ikut agama asal ibu bapa

1. KUALA LUMPUR 23 April – Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal walaupun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

2. Kabinet juga memutuskan segala isu berkaitan penjagaan anak-anak dan penceraian perlulah diselesaikan di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.

Motivasi

1. Apakah MOTIVASI?

2. Ia terdiri daripada gabungan dua perkataan MOTIF + AKSI = MOTIVASI. Wow! sangat menarik.

3. Apakah MOTIF?

4. Antara perkataan yang boleh mengambarkan MOTIF ialah kehendak, keinginan, tujuan, objektif, misi, visi, matlamat, arah tuju, wawasan, target, sasaran dll.

5. Persoalannya, MOTIF ini berada di dalam diri atau di luar diri? Dalaman atau luaran? Jelas, ia berada di "dalam diri".

6. Apakah pula AKSI?

7. Antara perkataan yang mempunyai kaitan ialah tindakan, implementasi, penjelmaan, gerakan fizikal, merealisasikan, menjalankan, melaksanakan, dll.

8. Persoalan yang sama di sini, AKSI ialah aktiviti yang berkait dengan dalaman atau luaran?

Cabaran untuk Mengekalkan

1. Ada orang percaya bahawa tidak mudah untuk melakukan sesuatu perubahan. Daripada keadaan "tidak buat" perkara itu kepada keadaan "buat" di masa ini.

2. Namun, selepas berjaya melakukan perubahan, timbul pula cabaran baru. Iaitu untuk mengekalkan perubahan itu. Kerana perubahan tersebut dihasratkan untuk kekal selama-lamanya, bukan sementara sahaja.

3. Jadi sukarkah untuk mengekalkan sesuatu?

4. Ramai yang percaya mengekalkan lebih sukar daripada memulakan.

5. Misalnya berfikir secara positif. Setiap orang boleh melakukannya. Tetapi untuk mengekalkan fikiran positif tersebut pada setiap detik kehidupan dan dalam apa jua keadaan adalah satu cabaran bukan?

6. Namun, berbalik kita kepada perpatah... "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".

7. Kalau kita berkehendak, kita perlu terus berusaha.

8. InsyaAllah dengan kepercayaan kepada diri sendiri akan kemampuan daripada Illahi, kita mampu melakukanya, iaitu... mengekalkan momentum perubahan!

Ihsan Lim

My photo
Taman Maluri, Kuala Lumpur, Malaysia
I'm a Learner, Lecturer, Leader

Cuit-cuit

Jom Solat

Online