Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Terjemahan Al-Qur'an: Al-'Alaq: 1-5)

Hukuman sebahagian daripada Pendidikan

Pernahkan kita tiba-tiba tersentak dengan saman yang diberikan kepada kita oleh polis atau pihak berkuasa terhadap perkara yang kita tidak tahu bahawa itu adalah kesalahan?

Kalau kesalahan yang kita tahu itu kes lain. Sudah jelas lagi bersuluh, misalnya speed trap, memang kita dah tahu, tapi sentiasa mengharapkan tak kena saman. Bila kena saman pula, masih lagi berharap agar polis tersebut memaafkan kesalahan kita dan melepaskan kita.

Berbalik kepada kes awal tadi, iaitu kena tindakan kerana kita buat perkara yang kita jahil. Ramai yang akan melatah, dan tidak kurang pula yang melompat-lompat. Maklumbalas ini mengambarkan konflik untuk melihat kedudukan diri dalam kerangka sistem organisasi atau masyarakat.

Apa yang terjadi di sini?

Apakah kita tidak peka dengan peraturan atau adab yang perlu kita lakukan? Mungkin kita teramat sibuk sehingga tidak mampu meneliti perkara tersebut, atau mungkin terlalu banyak benda penting lain yang perlu kita buat. Kalaupun kita pernah diberi peringatan secara lisan terhadap perkara itu, namun tidak mampu mengubah keutamaan kita agaknya.

Oleh itu, agaknya hukuman yang menyentakkan kita itu, adalah suatu yang terbaik. Ianya benar-benar merangsangkan otak kita untuk meneliti dan menerima apa yang kita panggil... pendidikan.

Ketenangan


Ketenangan adalah kekuatan! 

Apa buktinya?

1. Labah-labah boleh berjalan di atas permukaan air yang tenang. Kerana air yang tenang membentuk permukaan yang kuat.

2. Objek pegun yang berada pada sesuatu tempat amat sukar digerakkan.

3. Seorang yang berdiri tegap lebih sukar dijatuhkan berbanding seorang yang sedang berjalan.

Pendek kata kekuatan hati ialah pada ketika tenang. Kalau tak percaya lagi, biarkan hati dalam keadaan berserabut... pada ketika itu bolehkah anda menghasilkan suatu tidakan yang bernas?

Di kisahkan dalam satu peperangan, seorang perisik tentera memberitakan kepada ketuanya bahawa umat Islam sedikit dan kelengkapan persenjataan mereka tidak mencukupi. Ketuanya menjawab "Tetapi apa yang aku risaukan ialah mereka memiliki ketenangan...".

Sekiranya begitu tidak susah untuk mencari kekuatan. Mulakan ia dengan mencari ketenangan, dan akan terjanalah kekuatan. 

Kemerdekaan: Dulu dan kini

Salam kemerdekaan...

Tertarik saya dengan isu yang dibincangkan oleh Radio Malaysia Selangor (SFM) pada pagi tadi dengan DJnya En. Zainal. Beliau membuka talian untuk pendengar menyatakan perbezaan pada zaman dahulu dan sekarang, dalam konteks kita menghayati nilai kemerdekaan.

Pemanggil yang awal banyak mengimbas tentang aspek infrastruktur. Ada yang mengatakan kat kawasan dia dulu cuma ada satu sekolah jer. Jauh kena berjalan. Ada pula yang mengatakan kedai yang sangat terhad di zamannya.

Tidak kurang juga En. Zainal menyamput, bertapa dulu nak tengok TV pun kena bayar 5 atau 10 sen kat rumah jiran. Beli roti canai, kuah diletakkan dalam tin susu. Bertapa juga bandar besar, terutama KL amat dikagumi kerana pembangunannya, tapi sekarang kemudahan tersebut turut terdapat di tempat-tempat lain.

Salam Pertemuan


Assalamu'alaikum, Good Day dan Salam Perpaduan ...

Alhamdulillah, akhirnya terhasil blog ini dengan menggunakan nama saya sendiri. Sebelum ini saya telah memulakan beberapa blog, antaranya fuguwai@blogspot.com. Namun saya belum berjaya mengaktifkannya dengan menulis secara istiqamah.

Blog ini diharapkan menjadi platform kepada saya merakamkan dan berkongsi idea dengan saudara dan saudari sekelian. Ianya akan merangkumi pelbagai perkara dan isu semasa.

InsyaAllah ianya akan diolah dengan lapang dada dan fikiran yang terbuka. Menilai dan membincang sesuatu dalam kerangka hujah dan fikiran. Berfikir menggunakan minda dan hati, bukan berfikir berasaskan emosi dan kepentingan yang sempit.

Lebih penting, saya mengucapkan terima kasih kerana bersama-sama berkongsi pandangan dengan saya.

Ihsan Lim

My photo
Taman Maluri, Kuala Lumpur, Malaysia
I'm a Learner, Lecturer, Leader

Cuit-cuit

Jom Solat

Online