Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Terjemahan Al-Qur'an: Al-'Alaq: 1-5)

Kemerdekaan: Dulu dan kini

Salam kemerdekaan...

Tertarik saya dengan isu yang dibincangkan oleh Radio Malaysia Selangor (SFM) pada pagi tadi dengan DJnya En. Zainal. Beliau membuka talian untuk pendengar menyatakan perbezaan pada zaman dahulu dan sekarang, dalam konteks kita menghayati nilai kemerdekaan.

Pemanggil yang awal banyak mengimbas tentang aspek infrastruktur. Ada yang mengatakan kat kawasan dia dulu cuma ada satu sekolah jer. Jauh kena berjalan. Ada pula yang mengatakan kedai yang sangat terhad di zamannya.

Tidak kurang juga En. Zainal menyamput, bertapa dulu nak tengok TV pun kena bayar 5 atau 10 sen kat rumah jiran. Beli roti canai, kuah diletakkan dalam tin susu. Bertapa juga bandar besar, terutama KL amat dikagumi kerana pembangunannya, tapi sekarang kemudahan tersebut turut terdapat di tempat-tempat lain.

Pendek kata berbagai kesukaran hidup di zaman sebelum atau sekitar kemerdekaan. Namun kini semuanya senang dan mewah. Generasi baru, celik mata sahaja, semua dah ada.

Namun sebelum saya melangkah kaki keluar rumah untuk datang ke ofis, sempat mendengar dua orang pemanggil yang menyentuh dalam aspek pembangunan sahsiah pulak. Kontra bunyinya. Kalau tadi, daripada segi infrastruktur, makin hebat dan membangun. Tetapi daripada segi sahsiah, sikap, dan sopan santun, pemanggil ini mengatakan bahawa generasi baru agak kurang nilai tersebut berbanding dengan generasi dahulu.

Katanya persekitaran kehidupan dan pendidikan dulu, mewujudkan peribadi yang mulia dan semangat patriotik yang lebih. Beliau berpendapat keadaan ini turut disumbangkan oleh pengajian sastera dan sivik yang lebih ditekankan di masa dahulu.

Katanya lagi, pendidikan sastera sangat penting untuk menjadkan seseorang itu berbudi bahasa dan menghayati kebudayaan sendiri. En. Zainal dan SFM sendiri kena tempiasnya, bila beliau mengatakan SFM sendiri telah banyak menghilangkan program seumpama itu.

Hmmm... gitulah nampaknya. Kalau berdasarkan perbincangan itu, nampaknya kita makin maju daripada segi prasarana tapi tidak seiring dengan kemajuan sikap dan jatidiri. Apakah juga kita membayar harga kemajuan prasarana ini dengan harga yang teramat mahal sehingga mengabaikan soal pembangunan insan yang sebenar. Sama-samalah kita fikirkan...

No comments:

Ihsan Lim

My photo
Taman Maluri, Kuala Lumpur, Malaysia
I'm a Learner, Lecturer, Leader

Cuit-cuit

Jom Solat

Online