Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Terjemahan Al-Qur'an: Al-'Alaq: 1-5)

Dari 2009 melangkah ke 2010

1. Tahun 2009 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi. Pastinya dalam tempoh setahun itu adanya pelbagai kejayaan, kenangan dan usaha yang bermakna.

2. Oleh itu biasanya ramai yang mengimbas kembali tahap pencapaian atau dalam erti kata lain melakukan muhasabah. Seterusnya mungkin ada yang menyimpulkan dengan pertanyaan “Apakah pencapaian yang diraih setimpal dengan potensi diri yang ada?”

3. Tahun 2010 akan menjelang. Ramai yang telah mula sibuk merangka azam tahun baru. Diari dan planner bagi tahun 2010 telah banyak terjual bagi membolehkan azam dan perancangan tersebut dicatatkan.

4. Lebih maju, ada yang menggunakan analisis yang lebih canggih untuk melangkah ke tahun baru ini, misalnya SWOT (Strength, Weakness, Opportunity, Threat).

5. Teras kepada perkara ini, baik azam, resolusi, muhasabah dan seumpanya ... ialah perubahan. Apa yang kita inginkan adalah perubahan.

6. Lebih tepat kalau perubahan yang kita hasratkan bersandarkan kepada impian yang kita ingin capai dalam hidup kita.

7. Oleh itu, azam tahun baru, kalau ianya dilakukan dengan baik, adalah untuk mensetkan pencapaian dalam setahun ke arah mencapai azam hidup secara seluruhnya.

Selamat berazam dan berjaya...

Penulisan berpusatkan Intelektual atau Emosi

Gaya A (berpusatkan intelektual)

1. Pernahkah kita melihat seseorang mengibas dengan tanganya sendiri untuk menghilangkan kepanasan?

2. Apakah ini akan memberi kesan untuk mengurangkan kepanasan yang dirasai?

3. atau sebenarnya menambahkan lagi kepanasan kerana pergerakkan tangan tersebut menjana haba?

4. Jadi apa sebenarnya yang perlu dilakukan?

5. Hanyalah sebuah kesabaran...


Gaya B (berpusatkan emosi)

Di sana terlihat seseorang mengibas-ngibas tangan kerana kepanasan. Kelihatan peluh mengalir dan mukanya yang semakin merah.

Mungkin disebabkan keadaan itulah tangannya terus mengibas tanpa sedar bahawa sebenarnya tiada angin yang mampu dihasilkan untuk menyejukkan kepanasan itu. Malah kibasan itu mungkin akan menyebabkan badan terasa semakin panas kerana pergerakkan otot-otot tangan yang berterusan menghasilkan tenaga haba.

Maka terdetik didalam hati, oleh itu apa yang seharusnya beliau lakukan, atau kita sendiri jika berada dalam keadaan sebegitu. Mungkin tangan tidak perlu digerakkan, sebaliknya yang hanya perlu digerakkan ialah sebuah kesabaran...

Mengapa mereka hebat?


1. Bill Gate, Donald Trump, Dell dan Lim Kok Wing adalah di antara nama-nama usahawan yang hebat.

2. Malah ada di antara mereka yang tidak menghabiskan pengajian atau tahap pengajian rendah sahaja tetapi berjaya membangun empayar perniagaan yang besar.

3. Persoalannya ialah apakah faktor atau keistimewaan yang ada pada diri mereka? Adakah mereka mempunyai genetik special?

4. Namun persoalan yang lebih penting ialah bolehkah kita menjadi seperti mereka?

5. Satu kaedah mengatakan bahawa sekiranya kita mampu memahami bagaimana mereka berfikir dan bertindak; dan meniru perkara tersebut; maka kita boleh melakukan seperti apa yang mereka lakukan!

6. Pendapat pertama mengatakan terdapat tiga resipi asas untuk mencapai apa-apa kejayaan. Iaitu bakat, sikap dan latihan/pendidikan. (Bakat adalah 100% faktor genetik, Sikap adalah gabungan genetik dan pengubahsuaian, dan latihan adalah usaha terancang yang boleh dilakukan).

7. Pendapat kedua mengatakan terdapat dua faktor kejayaan iaitu ability (keupayaan) dan attitude (sikap). Kedua-dua faktor ini boleh ditingkatkan melalui proses latihan dan pendidikan serta pengaruh persekitaran.

8. Pendapat ketiga mengatakan terdapat tiga sumber asas untuk kejayaan ialah Intelligent Quotient, Emotional Quotient dan Spiritual Quotient.

9. Secara mudahnya untuk mencapai pencapaian yang tinggi, kita perlu memilih bidang yang bertepatan dengan kemampuan kita dan seterusnya membangunkannya dengan kaedah yang terbaik.

Tamrin di Wad


Setelah tiga hari anak bongsu kami, Nur Anis Izzati mengalami keadaan gatal-gatal, keadaannya agak membimbangkan. Doktor di klinik swasta mempreskripsinya sebagai kes elergik. Namun hari ini keadaan merah gatal di tengkuk, mata, hidung, mulut, ketiak dan celah paha itu kelihatan lebih menyakitkan. Di tengkuknya kulit mula melecet. Keseluruhan kesakitan ini menjadikan beliau begitu lemah. Oleh itu doktor merujukkan beliau ke Hospital Selayang bagi rawatan lanjut...

Di Wad beliau dimasukkan air, beberapa kali darah diambil untuk ujian, dan mencuci bahagian yang melecek; di samping pengesanan rutin suhu badan, tekanan darah, nadi dan memberi makan ubat.

Sebagai anak bongsu yang manja, beliau selalu menangis apabila menerima rawatan. Malah melihat nurse pun sudah sesuatu yang cukup menakutkan beliau.

Kami masih ingat dikala beliau begitu takut untuk dimasukkan jarum, kami mengajarkan kepadanya agar menyebut "Allahu Akhbar" sambil kami meletakkan tangan di dadanya. Di kala yang lain selalu kami tenangkan beliau dengan mengatakan bahawa sesungguhnya Allah sangat menyayangi beliau. Alunan zikir turut sentiasa diperdengarkan kepadanya.

Setakat manakah anak kecil berusia dua tahun memahami semua itu? Namun itulah yang kami anggap sebagai tamrin kepadanya. Merasai kesusahan dan kesakitan agar beliau menjadi kuat dan tabah menghadapi kehidupan kelak.

Kami juga gembira kerana semuanya menjadi hikmah yang besar, kepada kami jua. Kami juga amat bersyukur kerana Allah menyembuhkannya dengan cepat. Selepas empat hari, wajahnya kembali bersih dan cantik, seolah-olah sakit tersebut dikupas keluar.

(Catatan pengalaman Nur anis Izzati di Wad 8A pada 25 - 29 November 2009 untuk tujuan rawatan Staphylococcal Scalded Skin Syndrome)

Suara Ihsan


Pada hari ini, sekali lagi nama blog ini ditukar. Nama yang dipilih adalah "Suara Ihsan". Dua makna dalam satu nama, kerana memang nama penulis adalah Ihsan dan kedua kerana makna Ihsan itu sendiri.

Penulisan kali ini juga mempunyai senggang waktu yang agak lama dengan posting terdahulu, lebih kurang sebulan lamanya.

Apapun, sehingga ke saat ini saya masih tidak berkongsi secara terbuka blog ini dengan rakan-rakan. Memandangkan kepada proses pemantapan kandungan dan kekerapan. Oleh itu ia masih ditahap sebagai penulisan untuk koleksi pribadi.

(Gambar yang disertakan adalah gambar keluarga 3 tahun yang lepas, anak bongsu Anis Izzati, 2 tahun, tiada lagi pada masa itu)

Edit Gambar guna PhotoScape

Setelah mencari-cari, akhirnya satu ditemui...

PhotoScape adalah perisian percuma yang boleh didownload bagi mengedit gambar dengan mudah dan pantas. Berbagai kemudahan ada padanya.

Berikut adalah beberapa gambar yang asalnya bersaiz sehingga 2560 x 1920 pixel (sekitar 2,400 KB) diedit kepada saiz sekitar 400 x 300 pixel (sekitar 20 KB) sahaja.

Antara software lain yang boleh didownload secara percuma ialah Magic Photo Editor, Photobie, FxFoto dan PhotoPerfect.

Bagi proses editing yang simple, mencukupi untuk menggunakan software yang ringkas seperti ini. Bagi tujuan advance kenalah gunakan Adobe Photoshop dan seangkatan denganya.



Mengapa menulis di Blog?


Penulis-penulis blog ternama biasanya terdiri daripada orang-orang yang telah mempunyai nama seperti pemimpin atau bekas pemimpin. Misalnya Datuk Sri Anwar Ibrahim, Tun Dr. Mahathir, Lim Kit Siang dan Ust. Nasarudin Tantawi.

Pandangan yang ditulis akan dibaca secara terus oleh sasaran tanpa sebarang tapisan dan suntingan. Inilah kelebihan blog yang telah berfungsi sebagai media yang penting. Sebaris dan kadang-kala mengatasi media massa dan media elektronik.

Di samping blogger yang mengulas tentang isu semasa, terdapat juga blogger yang memberi tumpuan kepada isu-isu tertentu misalnya pengurusan, kepimpinan, pendidikan dan seumpanya.

Kita tak faham apa yang ...

1. Kajian kes gelagak pekerja dalam organisasi:
  • Pn. Maznah menyerahkan tugasan kepada ketuanya. Ketuanya memberikan beberapa komen-komen pembetulan terhadap hasil kerja tersebut. Pn. Maznah menjawab "Buat begitu ker? Kita sebenarnya tak faham apa sebenarnya yang dihendaki...."
  • Selepas satu taklimat, Pn. Maznah berkata "Kita tak faham apa sebenarnya matlamat dan kehendak sistem baru yang diperkenakan..".
  • Semasa makan tengah hari bersama rakan sekerja yang lain, Pn. Maznah berkata "Aku keliru betul dengan pihak pengurusan, apa sebenarnya yang dia orang hendak kita buat ni? sekejap kena buat itu, sekejap kena buat itu...".
  • Di dalam satu mesyuarat penyelarasan, pernah Pn. Maznah berkata, "Saya tak tahu setakat mana bidang kuasa yang saya ada. Sama ada perkara itu saya ada kuasa atau tidak... ".
2. Apakah yang boleh anda katakan mengenai kes Pn. Maznah di atas?

Dirimu begitu penting (2)


Ya diri anda adalah begitu penting!

Pentingnya diri anda adalah bukan kerana mendapat pengiktirafan daripada orang lain. Anda tidak perlu digelar Very Important Person (VIP) untuk menjadi atau merasakan diri anda penting.

Pentingnya diri anda bukan juga kerana mendapat sokongan majoriti dalam satu pilihanraya, atau mendapat undi tertinggi daripada juri bertauliah.

Dirimu begitu penting


1. Setiap individu adalah sangat berharga dan penting.

2. Setiap individu yang menyerlahkan potensinya akan memberi kesan positif kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain, masyarakat dan negara.
  • Dalam konteks individu, beliau akan memperkembangkan dirinya dari segi pengetahuan, kemahiran dan psikomotor.
  • Dalam konteks kerja, beliau akan menjadi agen pertumbuhan syarikat atau organisasi dengan menyiapkan kerja secara berkesan.
  • Dalam konteks keluarga, beliau akan membantu atau menguruskan ahli-ahli keluarga dengan baik menjadikan mereka mampu melakukan perkara-perkara untuk kebaikan diri.

Ihsan Lim

My photo
Taman Maluri, Kuala Lumpur, Malaysia
I'm a Learner, Lecturer, Leader

Cuit-cuit

Jom Solat

Online